Saturday, December 31, 2016
Thursday, December 15, 2016
Wednesday, December 14, 2016
Lawatan Ke Centre MTH Johor (Master Rajasekaran)
Pada 10 November 2016
(2 Hari Sebelum Melaka Open)
Kami wakil MTH Sabah telah melawat dan berlatih
di Centre MTH Johor, Kluang yang dimiliki oleh Master Rajasekaran.
Ini merupakan satu penghormatan bagi kami kerana dapat melawat dan
dan berjumpa dengan Master-Master dari negeri lain yang berkumpul
di sini.
(Admin) Danieal |
Bro Mijan |
Jatul dan Bro Ezer |
Monday, December 12, 2016
About Us
MTH Taekwondo Acedemy telah diasas oleh Master KM Rajasekaran (7 Degree BlackBelt). Kelab ini berdaftar di bawah Kukkiwon (WTF HQ) dan bukan di bawah Taekwondo Malaysia (TM). Kelab ini sangat aktif di serata negeri di Malaysia. Ibu pejabat MTH berpusat di Kluang, Johor. Kelab ini telah disebarkan sehingga ke W.P Labuan dan Sabah. Ketua Jurulatih MTH iaitu Master S.Mullaikumar merupakan jurulatih bagi Sabah dan W.P Labuan lalu lahirlah MTH Taekwondo Sabah yang berpusat di MTH Centre, Beaufort Sentral,Sabah.
Kelab ini mempunyai jurulatih-jurulatih yang berkualiti dan mempunyai pengalaman menjadi seperti International Taekwondo Hanmadang Referee, International Taekwondo Examiner, International Taekwondo Referee dan lain-lain. Kelab ini seringkali dijemput dan menyertai kejohanan-kejohanan di dalam Malaysia malah di negara-negara lain. MTH Taekwondo Sabah mencipta sejarah dengan meraih pingat emas dan gangsa di kejohanan MALAYSIA OPEN TAEKWONDO 2016 bertempat di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur pada tarikh 4-6 November, yang telah disertai oleh negara Iran, Singapore, Indonesia, Thailand, Vietnam dan lain-lain.
Kelab ini menekankan para pelatih dengan cara mengawal diri, mendisiplinkan diri, berlatih untuk sumber kesihatan diri, seni mempertahankan diri, dan menjadikannya sebagai sukan yang dapat dijadikan untuk memenuhi masa lapang. Para pelatih yang berbakat akan dilatih untuk mewakili Kejohanan Taekwondo Academy seperti mini tournament, Kejohanan Bakat & Remaja, kejohanan peringkat academy dan juga mewakili Malaysia di arena sukan antarabangsa anjuran WTF atau KUKKIWON.
Nasihat kepada ibubapa/penjaga, hantarlah anak kesayangan anda unuk belajar seni mempertahankan diri untuk keselamatan anak anda di mana juga mereka berada.
Hubungi:
Master S. Mullaikumar Sir Danieal Hafizuddin (Admin)
Ketua Jurulatih Taekwondo Senior Taekwondo
5th Degree Black Belt 1st Degree Balck Belt
Tel:- 019-773-9456 Tel:- 012-847-5104
Jadual kelas latihan di MTH Centre : Selasa (8.15 p.m-9.30 p.m) -Kelas biasa
Jumaat (2.00 p.m-3.30 p.m) -Kelas biasa
(3.30 p.m - 4.55 p.m)-Kelas untuk blackbelt dan senior-senior.
Subscribe to:
Posts (Atom)